Wednesday, November 4, 2015

dugaan & ujian

Assalamualaikum anak mama :)


minggu ni awak masuk 36 minggu dah.. insyaallah kita akan berjumpa dalam 4 minggu lagi, kalau awak keluar awal makanya awal lah kita bertemu.. tak sabarnya nak berjumpa dengan awak.
semoga awak sihat sentiasa hendaknya & sempurna tubuh badan.


Anak mama, mama minta maaf selama mama mengandungkan awak mungkin awak stress dalam kandungan. minggu ni pap gajinya masuk lambat..pap agak stress & terlepas sikit dekat mama. mungkin mama pun sensitive masa mengandung ni.. sikit-sikit menangis,,takde niat mama nak buat awak dalam keadaan macam ni..


Anak mama, apa pun untuk awak mama akan cuba sebaik mungkin melindungi awak memberi didikan yang terbaik untuk awak. maafkan mama kalau nanti akan ada kekurangan. sungguh mama sangat menyayangi awak..




Tentang nek mum awak. kami masih lagi belum beritahu dia yang kami nak pindah keluar dari rumah. Ya, mama dan pap dah decided untuk pindah keluar dari rumah tu untuk hidup berdikari keluarga kita sendiri. Mama bukan nak jauhkan awak dari nekmum cuma, mama nak keep u safe and make our family safe dari bergaduh dengan nekmum..kena sumpah dengan nekmum.


cukuplah hati mama dah terguris dengan apa yang nekmum cakap tentang kita ; bini kau tu tengah mengandung kalau aku sumpah tercucuk besi perut dia, dia dengan anak dia mati.


cukuplah nak, mama tak pernah disumpah oleh mak ayah mama sendiri. that's why mama nak jauhkan sikit family kita dari nekmum. lately ni mama memang banyak bersedih.. semoga anak mama menjadi seorang yang kuat sabar, tabah menjadi hamba allah, pengikut rasulullah s.a.w sebaik mungkin saying..




mama sentiasa sayangkan awak.

Monday, October 26, 2015

minggu ke 35 anak mama

assalamualaikum anak mama.


Anak minggu ni awak dah masuk 35 minggu usia awak dalam kandungan mama. Semoga perjalanan awak untuk bertemu dengan dunia luar dipermudahkan, walaupun dunia ni penuh dengan ujian dan pancaroba.

Wallahualam, mungkin waktu ni kamu masih lagi di alam mimpi, tidur dan kadang-kadang stress dengan keadaan mama. mama mintak maaf selama ini awak stress dalam kandungan mama dari selama awal mengandungkan awaksehingga hujung-hujung kehamilan awak ini.


mama & pap ada masalah dengan nekmum awak. anak mama, selama ni mama mendiamkan diri mama pendam mama banyak bergaduh dengan pap sebab nekmum awak iaitu mak pap. cuma kali ini mama tak dapat bertahan bila dia menyumpah mama dengan awak
tercucuk besi dan mati.


anak mama, kami akan cuba beri yang terbaik untuk awak dan anak mama yang lain.
jika ada kekurangan maafkan mama & pap. kami akan cuba beri yang terbaik.

Monday, October 5, 2015

i wanna keep you safe

Assalamualaikum anak mama :)
Macam mana kamu hari ni ? ok sihat ? Alhamdulillah syukur.. hurmm agaknya sekarang ni berapalah umur kamu ye tengah baca coretan mama ni.

Sayang, it was happened last week, masa tu kamu baru 31 minggu dalam perut mama hihi. Satu malam tu, pap ada tunjuk dekat mama video baby menangis, dia baru lahir dalam katil baby dekat hospital dengan kawan-kawan dia yang lain. disebabkan pipi kawan dia mengadap mulut dia, dia ingat itu adalah puting susu mak dia. Dia cuba hisap tapi takde susu keluar, dia nangis. Masa mama tengok video tu mama terbayangkan kamu.

Ya Allah, pilunya hati mama terbayangkan kalau kamu ditempat baby tu.. so far selama 32 minggu mama membawak awak dalam perut mama ni, mama boleh bawak kamu ke mana-mana mama suka yang pasti mama akan pastikan kamu selamat kamu bergerak.

Mama terbayangkan juga, selepas mama bersalin kan awak mama ada cuti bersalin selama 3 bulan jadi nya dengan jumlah 9 bulan 10 hari + 3 bulan cuti mama tu jadi mama hanya ada 12 bulan 10 hari sahaja mama sentiasa dengan awak.. kemudian nanti mama terpaksa serahkan awak kepada pengasuh, sementara mama dengan pap kerja.

Sayang, untuk pengetahuan kamu sebelum kamu dilahirkan lagi mama dah terasa sedih untuk lepaskan kamu di jaga orang lain.. tapi mama dengan pap minta agar kamu faham nanti, sebab mama dengan pap terpaksa tinggalkan kamu dengan pengasuh untuk mencari sesuap nasi kita sekeluarga.

Sayang,doakan mama dengan pap mampu bekerja sendiri ya sayang. Kalau dulu sewaktu tadika, sekolah rendah sekolah menengah univesiti cita-cita mama hanya terpaku pada bidang professional tapi sejak menanti kelahiran kamu. cita-cita dan impian mama ada ingin melihat anak-anak mama & pap membesar di depan mata dan memberi kamu didikan yang baik mengenai kehidupan dan agama walaupun mama tidak lah searif guru agama.

Sayang, jaga diri ya.

Tuesday, September 22, 2015

Minggu 29

Assalamualaikum.

Hai anak mama, mama tak tau bila awak akan baca yang mama tulis ni. Whatever it is, In Shaa Allah mama akan cuba taip untuk awak baca bila awak dah besar satu hari nanti. Last week, mama pergi check up untuk minum air gula lagi sekali kemudian doctor scan awak. Check ukuran kepala, badan semuanyalah.

Kemudian doctor cakap dengan mama;

"awak dah tahu jantina anak awak ?"
"belum"
"anak awak anak lelaki.."
"oh mana 1 bebird dia doc"

kemudian doctor pun tunjuk.. Ntah tak tau la mama masa tu excited ke apa hehe. sementara nak kena tunggu amik darah lagi sekali, lepas je keluar dari bilik doctor mama mesej pap.

" b cuba teka, Sumaiyyah ke Harith?"
"ermm Sumaiyyah kot.."
"Doc cakap dia Harith, tapi macam tak caya je haha"
"takpe nanti kita scan lagi sekali b nak tengok"

Hehe so nanti lepas raya haji 25/9/2015 mama & pap In Shaa Allah nak scan awak balik semula. Alhamdulillah, masa ni awak dah 29 minggu sihat walafiat, bergerak aktif. pantang dengar suara pap bercakap dengan awak mesti awak berpusing-pusing.

Anak, mama pulak keadaan tak berapa sangat. sakit bontot, sengal kaki, sakit pinggang.. kadang-kadang setiap malam mama minta map untuk urut mama sebab lenguh sangat. Dah besar nanti jadi anak yang baik ye nak. Taat perintah Allah, ikut ajaran nabi.

Semoga perjalanan kita semuanya selamat. In Shaa Allah. nanti mama ada masa mama update lagi tau sayang !


22/09/2015
1429
KPAKK

Thursday, May 28, 2015

Minggu ke 13

Assalamualaikum ! Hi

Alhamdulillah dah masuk minggu ke 13. lepas je pergi first check up yang dulu tu a week after that, baru lah aku tau apa itu alahan  mengandung & simtom-simtom yang lain. Ya Allah tabahnya ibu-ibu kita dulu. Antara yang aku alami

1. Morning Sickness.
Bukan morning je, bawak ke afternoon bawak ke evening bawak ke night sickness. Asal makan je muntah. sampai sekarang ni dah immune dengan perasaan nak muntah tu. kalau sebelum ni nak muntah, aku tahan konon taknak bagi keluar apa yang dah dimakan, dah bepuluh kali muntah, takde dah, asal nak muntah je terus pergi toilet muntah je malas nak simpan-simpan dah. orang kata alergic makan, asal makan je keluar. so sekarang ni alhamdulillah okey sikit, makan pun control amik sesuap berapa je. Asalkan makan.

2. Bau.
Tajam hidung ni. kalau dulu perfume tu tak boleh tinggal sekarang sabun wangi, perfume sendiri, perfume suami, body mist, bau badan suami, bau masakan semua nya alah. sampai suami nak spray deodarant pun ke bilik lain, nak mengendeng pun make sure mandi and has no any bau dekat badan. baru boleh rapat.

3. Malas nak mandi.
so berkaitan dengan bau sabun pun ye, bau shampoo pun ye tapi memang perasaan malas nak mandi tu memang tebal dalam diri ni. gagahkan jugak diri masak air panas mandi kalau dulu pagi petang mandi ni pagi je mandi, sampai petang nak lap-lap badan je. sekarang ni alhamdulillah dah kurang rasanya.

4. Air liur banyak.
Haa ni satu hal, rasa macam minum air liur. orang kata trip tu sampai boleh jadi 3 trip lah nak telan air liur. sekarang ni muntah makanan kadang-kadang, tapi muntah air liur tu sering dah sekarang ni.

5. Mengantuk.
Bangun pagi nak lewat, tidur malam nak awal, ada masa senggang kat ofis curi-curi tidur kejap. memang tak boleh tahan.


Rajin gak aku google cara atasi a few alahan yang aku alami, tapi banyak tak menjadi, tabahkan diri hadap je. baby, Alhamdulillah okey, scan doctor kata membesar ikut minggu, hmmm minggu depan lah baru buat buku merah. hihi