Monday, October 26, 2015

minggu ke 35 anak mama

assalamualaikum anak mama.


Anak minggu ni awak dah masuk 35 minggu usia awak dalam kandungan mama. Semoga perjalanan awak untuk bertemu dengan dunia luar dipermudahkan, walaupun dunia ni penuh dengan ujian dan pancaroba.

Wallahualam, mungkin waktu ni kamu masih lagi di alam mimpi, tidur dan kadang-kadang stress dengan keadaan mama. mama mintak maaf selama ini awak stress dalam kandungan mama dari selama awal mengandungkan awaksehingga hujung-hujung kehamilan awak ini.


mama & pap ada masalah dengan nekmum awak. anak mama, selama ni mama mendiamkan diri mama pendam mama banyak bergaduh dengan pap sebab nekmum awak iaitu mak pap. cuma kali ini mama tak dapat bertahan bila dia menyumpah mama dengan awak
tercucuk besi dan mati.


anak mama, kami akan cuba beri yang terbaik untuk awak dan anak mama yang lain.
jika ada kekurangan maafkan mama & pap. kami akan cuba beri yang terbaik.

Monday, October 5, 2015

i wanna keep you safe

Assalamualaikum anak mama :)
Macam mana kamu hari ni ? ok sihat ? Alhamdulillah syukur.. hurmm agaknya sekarang ni berapalah umur kamu ye tengah baca coretan mama ni.

Sayang, it was happened last week, masa tu kamu baru 31 minggu dalam perut mama hihi. Satu malam tu, pap ada tunjuk dekat mama video baby menangis, dia baru lahir dalam katil baby dekat hospital dengan kawan-kawan dia yang lain. disebabkan pipi kawan dia mengadap mulut dia, dia ingat itu adalah puting susu mak dia. Dia cuba hisap tapi takde susu keluar, dia nangis. Masa mama tengok video tu mama terbayangkan kamu.

Ya Allah, pilunya hati mama terbayangkan kalau kamu ditempat baby tu.. so far selama 32 minggu mama membawak awak dalam perut mama ni, mama boleh bawak kamu ke mana-mana mama suka yang pasti mama akan pastikan kamu selamat kamu bergerak.

Mama terbayangkan juga, selepas mama bersalin kan awak mama ada cuti bersalin selama 3 bulan jadi nya dengan jumlah 9 bulan 10 hari + 3 bulan cuti mama tu jadi mama hanya ada 12 bulan 10 hari sahaja mama sentiasa dengan awak.. kemudian nanti mama terpaksa serahkan awak kepada pengasuh, sementara mama dengan pap kerja.

Sayang, untuk pengetahuan kamu sebelum kamu dilahirkan lagi mama dah terasa sedih untuk lepaskan kamu di jaga orang lain.. tapi mama dengan pap minta agar kamu faham nanti, sebab mama dengan pap terpaksa tinggalkan kamu dengan pengasuh untuk mencari sesuap nasi kita sekeluarga.

Sayang,doakan mama dengan pap mampu bekerja sendiri ya sayang. Kalau dulu sewaktu tadika, sekolah rendah sekolah menengah univesiti cita-cita mama hanya terpaku pada bidang professional tapi sejak menanti kelahiran kamu. cita-cita dan impian mama ada ingin melihat anak-anak mama & pap membesar di depan mata dan memberi kamu didikan yang baik mengenai kehidupan dan agama walaupun mama tidak lah searif guru agama.

Sayang, jaga diri ya.