Tuesday, April 7, 2015

Fasa Ke Fasa

Alhamdulillah,
Dari fasa tinggal dengan family sekarang ni sudah ke fasa berdikari tinggal dengan Huzaifah. Banyak perkara yang dah berubah, banyak. Mungkin makin banyak.

3 minggu lepas, aku mengada sangat buat urine test untuk tengok pregnant ke tidak. Yalah, sebab dah berhenti amik Maajun Anggun Bistari, merancang keluarga. Sebabnya, nak honeymoon dengan Huzaifah dulu. Keputusan urine test, negative. Ohh, okey tak apa tak ada rezeki, 

2 hari sebelum period, nekad. aku check lagi sekali. Tak tahan dah sebab tengok Huzaifah muntah-muntah, demam, pening, aku sendiri puu rasa tak sedap badan. First, double line, kabur. Second time, double line, kabur jugak. Huzaifah sendiri tengok, He's very happy. of course, me too ! 

okey, terus laa cari pregnancy apps, letak tarikh sekian-sekian, ok currently you are pregnant 3 weeks. ni tak jumpa doktor lagi ye. sendiri buat sendiri. Hari-hari google cerita pasal pregnant, pemakanan, rutin senaman dan macam-macam lagilah. silap aku tak cari cerita tentang keputusan ujian hamil kabur. 

Minggu ke 5 4 hari, aku tengah cari-cari cerita pasal pregnancy nampak tajuk tentang ujian hamil kabur di sini 


"Positif UPT tidak bermakna hamil"

Mean while, Huzaifah masih kat pahang outstation. lepas baca, rasa macam tak sedap hati, sebaik mungkin check 2 weeks selepas lewat period. what was i did, 2 days before period. hurmm. Call Huzaifah, tanya bila boleh balik.. 

"kita pergi klinik nanti nak?"
"nape? sayang okey tak ?"
"okey, cuma takdelah ikutkan apps ni sayang dah boleh check dekat klinik untuk pengesahan" 
"ohh okey nanti kita pergi"

Since that, tak lalu makan, tak lalu tidur. betul, takut tak ada. hati tak keruan, kerap mintak Dia selamatkan dia jika dia dah ada.

"b, Normah tutup pukul 10, jom"
"Jom, sesiap lah. tak sabar b"

************************

" Puan Hamizah "
"Hi good evening doctor"
"yes Miza, what I can help you"
"just need your help to check either am i pregnant or not"
"have you did your utp before?"
"yes i did, 2 days before period date line"
"when is it ?"
"26 of last month"
"period you ok?"
"yup, ikut tarikh sepatutnya"
"so here means, 5 weeks 5 days la"
"ermm itu yg i tengok from the pregnancy apps"
"its ok, i'll give u urine container, then u pergi toilet. the urine sampel just drop at the front counter"
"ok, tq doc"

******************************************************************************

"Puan Hamizah"
"ok, here is the result, is that same as yours before?"
"mine before was a bit kabur than this doc"
" ok miza, i cant give you the result yet, cz the suitable time is 2 weeks selepas u lewat period"
"and then doc"
" kita tunggu another 2 weeks, might be dia akan jadi, or u akan period and dia akan ikut aliran darah period.."
"hmmm okey doctot.."
"u just think positively, however still jangan buat benda berat and come back to me on 21st ok. Sebab on that day kita akan buat UTP again and ultrasound ok dear"
"okey, tq doc"

*********************************************************************************

"its ok sayang"
"hmmm"
"kita kena redha k, apa yang Allah nak bagi. B ni pun bukan milik sayang sepenuhnya"
"okey.."
"kita serahkan kepada dia, kita datang 21st kita tengok balik nanti. mudah2an dia sihat. itu doa b"
"insyaallah b, tq..jom makan"

*********************************************************************************

Jika kamu dah ada, semoga kamu sihat sentiasa dalam rahim mama. silap mama gelojoh.